Ahad, 11 Januari 2009

Buat Duit Jual Produk Makanan

Salam perniagaan...

Seperti yang dijanjikan saya ingin berkongsi dengan anda macam mana saya mendapat side income dengan menjalankan perniagaan makanan.

Setelah saya mengikut suami ke sarawak, saya tidak mempunyai kenalan dan kawan-kawan. Saya hanya duduk di rumah menjaga anak. Banyak masa saya dihabiskan begitu sahaja, setelah berfikif dan berbincang dengan suami saya mengambil keputusan untuk menjual nasi lemak.

Prosesnya mudah sahaja, saya hanya menyiapkan makanan dan orang yang menjual makanan adalah posman di tempat suami saya bekerja.

Nasi lemak yang saya jual tidaklah banyak sangat hanya 30 bungkus ke bawah setiap hari pejabat bekerja. Ini kerana saya mempunyai bayi yang masih kecil dan masih memerlukan belaian manja dari saya. Keuntungan yang saya dapat sebulan sekitar RM200. Modal yang saya keluarkan tak sampai pun RM100, jadi keuntungan yang saya dapat adalah 100%. Walaupun begitu nasi lemak yang saya jual itu tidaklah mahal sangat. Inilah yang dikatakan perniagaan makannan adalah perniagann yang mengalir, dan sentiasa mendapat permintaan.

Di sini saya cuma ingin tekankan bahawa di mana saja kita berada, jika rajin dan pandai mengambil peluang kita dapat lakukan perniagaan apa saja untuk dapatkan pendapatan sampingan. Aplikasikan apa saja ilmu yang kita ada, dan jadikan ianya sebagai sumber pendapatan yang boleh menampung kebocoran kewangan kita.

Jika anda berminat ingin mengetahui apa-apa atau ada soalan yang ingin ditanyakan, anda boleh tanyakan terus kepada saya dengan SMS ke 014-5879348.

Apa yang saya tulis di sini adalah melalui pengalaman saya sendiri. Sedikit sebanyak harap dapat berkongsi dengan anda semua.

Sekian, semoga maju jaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan