Salam perniagaan...
Perniagaan yang melibatkan kehendak pengguna adalah sukar untuk mendapat pulangan yang lumayan. Tetapi anda jangan risau kerana setiap perniagaan yang kita ceburi pastinya akan mendatangkan keuntungan, yang penting usaha terus berusaha dan jangan mudah mengaku kalah. Tak percaya....!!! Anda mesti percaya.
Perniagaan aksesori adalah satu perniagaan yang merupakan pelengkap kepada pelanggan yang inginkan kepuasan dalam berhias, terutama sekali wanita. Perniagaan ini mempunyai kelebihan dan kekurangannya tersendiri. Yang paling penting perlu anda tahu ialah semua orang ingin kelihatan cantik. Ada duit atau tidak itu bukan penghalang, asalkan nampak cantik di mata mereka rela berhabis. Nampak tak senario di sini yang membolehkan perniagaan aksesori wanita terus wujud malah ada yang terus maju dan lebih elegan.
Di sini saya nak berkongsi tentang perhiasan wanita yang menjadi kegilaan ramai wanita iaitu mutiara. Saya juga merupakan salah seorang yang memasarkan produk ini. Pada peringkat awal percubaan saya untuk memasarkan mutiara adalah amat menggalakkan, rupanya ramai orang sukakannya. Walaupun ianya bukanlah keperluan tetapi permintaanya agak menggalakkan.
Seperti biasa saya hanya menulis seringkas yang mungkin, di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua bahawa janganlah takut untuk menceburi bidang perniagaan kerana melaluinya kita dapat belajar banyak perkara dan yang paling penting dapat menambahkan pendapatan sampingan dan jangan lupa rajin belajar berniaga.
Untuk pembaca blog saya ini, dengan murah hati saya akan memberikan diskaun kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk melihat dan membeli mutiara daripada saya. Untuk dapatkannya anda perlulah emelkan nama anda kepada saya di sklin22@yahoo.com untuk saya menghantar gambar dan harga diskaun yang dijanjikan. Anda pasti gembira.
Sekian, jumpa lagi
Derap Kaki Penghapus Dosa
2 beberapa jam yang lalu








1 ulasan:
saya bersetuju benar dengan pandangan penulis tentang perniaagaan mutiara yang semakin mendapat tempat dihati para wanita...ianya tampak lebih elegan....selain daripada itu gandingan kristal swarovski dan mutiara dapat memperindahkan lagi aksesori wanita ini...
Catat Ulasan