Salam perniagaan...
Diharap anda semua sihat dan ceria selalu. Kali ini post saya adalah ekoran daripada coretan saya yang terdahulu mengenai BERNIAGA AKSESORI WANITA.
Di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang perniagaan yang saya jalankan sempena musim perayaan yang baru saja berlalu. Saya begitu bersyukur ke hadrat Ilahi atas kurniaannya yang tidak saya jangkakan sebelum ini alhamdulillah. Sekadar untuk memenuhi rutin seharian sebagai suri rumah di samping itu saya menjual aksesori wanita seperti gelang, rantai, cincin, kerongsang dan sebagainya telah memberi pulangan yang agak lumayan kepada saya sebagai seorang suri. Alhadulillah rezeki yang saya dapat ini dapat dirasai oleh orang-orang yang berada disekeliling saya.
Separuh daripada keuntungan saya guna untuk dijadikan modal pusingan dan separuh lagi saya dapat guna untuk kegunaan saya sendiri dan juga simpanan.
Saya ingin menyeru kepada semua terutama sekali suri rumah atau yang dah bekerja untuk cari pendapatan sampingan melalui perniagaan ini. Bolehlah dapatkan maklumat mengenai bisnes ini dengan berkunjung di http://www.sklin-kristalmutiara.blogspot.com/ untuk dapatkan bahan-bahan yang diperlukan.
Projek X | Perjumpaan IM & Blogger
1 jam yang lalu








0 ulasan:
Catat Ulasan